KENALPASTI KEROSAKAN

Masalah Penggunaan Mesin Jahit

Penggunaan mesin hendaklah mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh pengeluar mesin  untuk mengelakkan masalah berlaku.


Jenis masalah
Punca masalah
Cara mengatasinya
Mata  Jahitan
Mata jahitan longgar


Ketegangan benang atas dan bawah tidak seimbang.

Ketatkan ketegangan benang di ceper ketegangan benang.
Kesilapan memasang jarum.
Pastikan jarum dipasang dengan betul.
Kumpulan gelung  benang pada mata jahitan
Benang tidak dipasang betul.
Pasang benang dengan betul.
Benang digelendung/sekoci  tidak dipasang dengan betul.
Pastikan benang pada gelendung digulung dengan betul.
Mata jahitan melompat
Jarum tidak dipasang dengan betul.
Pasang jarum dengan betul mengikut bahagian leper dan  bulat.             

Saiz jarum yang digunakan tidak sesuai untuk fabrik.
Pilih saiz jarum yang sesuai.
Mata jarum mesin tumpul.
Gunakan jarum yang tajam.
Gulungan benang pada sekoci tidak sempurna.
Pastikan benang pada sekoci digulung dengan sempurna.
Fabrik
Fabrik tidak bergerak semasa menjahit.




Fabrik berkedut

Tapak tekanan  mesin ketat atau longgar.

Baiki kedudukan tapak mesin.
Pelaras berada dalam nombor kosong.
Sesuaikan mata jahitan dengan fabrik yang digunakan.
Tapak mesin tidak sesuai dengan fabrik.
Gunakan tapak mesin yang sesuai dengan fabrik.
Tapak tekanan  mesin terlalu ketat atau longgar.
Baiki kedudukan tapak.
Fabrik digunakan terlalu nipis atau tebal.
Pastikan menggunakan jarum yang sesuai untuk jenis fabrik.
Fabrik senang berkedut jika menggunakan satu lapisan fabrik  yang nipis.
Gunakan sekurang-kurangnya dua lapisan fabrik jika kain nipis.

Pergerakan tapak mesin tidak sama dengan gigi penolak.
Baiki kedudukan tapak dengan gigi penolak.
Saiz benang tidak sesuai untuk fabrik nipis atau tebal.
Saiz benang yang digunakan sesuai untuk fabrik nipis atau tebal.
Saiz mata jahitan tidak sesuai.
Mata jahitan untuk jenis fabrik nipas atau tebal sesuai mengikut panduan. Kurangkan bilangan mata jahitan untuk kain yang nipis dan kurangkan tekanan ke atas fabrik dari tapak mesin.
Benang terlalu tebal atau jarum terlalu kasar.
Pastikan benang dan jarum sesuai untuk fabrik. Tukar jarum yang tumpul.
Jarum



Jarum Patah

Pemilihan dan penggunaan jarum dalam mesin jahit perlu mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh pengeluar mesin.

Pemasangan bahagian leper dan bulat jarum tidak mengikut  peraturan.
Pastikan pemasangan bahagian jarum  betul.

Skru pemegang jarum longgar.
Ketatkan skru pemegang jarum.
Saiz jarum  tidak sesuai dengan fabrik,seperti menjahit kain yang tebal dengan menggunakan jarum yang halus.
Pilih jarum yang sesuai dengan fabrik.
Penekan tapak jahitan tidak dipasang dengan betul. 
Pastikan tapak penekan dipasang dengan betul.
Jarum peniti masih terlekat pada fabrik.
Pastikan jarum peniti dikeluarkan sebelum menjahit .
Tidak menggunakan tapak zip semasa menjahit zip.
Gunakan tapak zip semasa menjahit zip